Mungkin ada yang tertanya kenapa ramai tukar gambar profile picture warna coklat dengan orang yang ditutup matanya?
Bak kata mereka "Kami hanya menyokong"--kerana ketika
ini lebih 3000 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar. Warna coklat
dipilih kerana warna pakaian tersebut telah dikenakan oleh entiti zionis
Israel ke atas banduan berani mati ini.
Jangan biarkan media antarabangsa
mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai
tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan, dan hak hak lain yang
diisytiharkan oleh undang undang antarabangsa.
![]() |
'some of the pic' |
Tanggal 15 Mei juga merupakan Hari Nakba.. pada hari tersebut genap 64 tahun peristiwa yang dikenali sebagai Nakba atau
malapetaka yang menimpa rakyat Palestin.. Detik hitam itu berlaku pada
tahun 1948 di mana Israel membuka sebuah negara di bumi
Palestin--disokong oleh AMERIKA
Kini, rakyat Palestin telah
menjadi pelarian di negara sendiri..!!! Zionis Yahudi pula
bermaharajalela..!!! Simpati dengan nasib umat Islam di Palestin yang
telah lebih 60 tahun hidup dalam peperangan.. Oleh itu, ayuh kita TUKAR
PROFILE PICTURE.. Ramai yang telah menyahut seruan.. Walau nampak benda
macam ni merapu sekurang kurangnya kami tak berdemo di jalanan.. Yes,
ini trend! But please, jangan politikan tindakan bersatu kami.. Ini
tanda sokongan moral..
Allhamdullillah, selepas peristiwa mogok lapar yang telah dilakukan oleh tahanan penjara Palestin, Israel akhirnya bersetuju dengan permintaan mereka.
Menurut khabar, permintaan mereka juga telah diterima kerana Israel berasa terkejut dengan melihat hampir 2 MILLIONS accaout facebook telah menukar profile picture mereka dalam hanya beberapa jam sahaja sebagai "solidarity with Palestinian prisoniers."
![]() |
"Sebahagian rakyat Palestin meraikan kemenangan ini" |
No comments:
Post a Comment