Sunday, 27 May 2012

Ashoka The Great

Assalamualaikum..
Turn saya pulak untuk masukan entry ke dalam blog favorite saya ni. hehehee
Sedangkan orang lain sibuk dengan hari yang semakin hampir dengan peperiksaan dan juga submission of assignment, saya pulak gigih nak mengupdate kan blog ni. hehehe
Berhiburlah dengan entry saya kali ini.

*
*
*
*
*
*
*



Pasti ramai yang tahu akan cerita ini, 'ASOKA'.
Sebuah filem epic Bollywood dan cerita bersejarah yang mengisahkan tentang 'Ashoka The Great' dalam menawan sebuah empayar. Dibintangi oleh Ajith Kumar, Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Danny Denzongpa, Rahul Dev dan Hrishita Bhatt. Shah Rukh Khan memegang watak sebagai
Ashoka dan Kareena Kapoor sebagai Kaurwaki, puteri Kalinga. Ajith Kumar pula membuat penampilan istimewa sebagai Susima, iaitu abang kepada Asoka.

Sinopsis cerita adalah seperti berikut :
Ashoka adalah pemerintah pertama yang menyatukan semua India. Beliau juga merupakan Raja Buddha pertama selepas penukaran kepada agama Buddha yang cuba untuk mengamalkan prinsip tidak menggunakan keganasan dan Buddha sebagai sebahagian daripada polisi diraja. Sehingga ke hari ini,beliau dianggap sebagai salah seseorang pemimpin India yang terhebat.

Ashoka memerintah India dari 273 SM hingga 232 SM. Ashoka dilahirkan pada 304 SM. Beliau adalah anak kepada Bindusara Maharaja Mauryan.
Ashoka menggunakan cara yang inovatif dengan melindungi kepentingan minoriti di India. Beliau tidak menggunakan keganasan dan memerlukan semua pendapat dari agama-agama lain untuk maju ke depan.
\
Ashoka memerintah selama lebih 40 tahun dan 50 tahun selepas kematiannya, Empayar Mauryan datang ke penghujung. Beliau mempunyai ramai isteri dan waris tetapi kebanyakan nama tidak dapat dikesan. Dan seterusnya, agama Buddha masih lagi diamalkan di India.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Terima Kasih.


Friday, 25 May 2012

Binatang pun pandai berkasih sayang...manusia???


IBUMUMMY.MAK!!!??
Kawan-kawan anda mungkin akan cakap :  "Hey, mother's day tu haram.."  
Atau mungkin ada suara yang kata : "Rosak akidah sambut mother's day.."
 Dan ada juga yang cakap : "Hari Ibu bukan sehari tapi hari hari.."
 
BUT WHAT DO YOU EXPECT??
Tapi  apa pula kata Imam Muda Asyraf dalam twitternya yang berbunyi :
"Saya menghormati pandangan alim ulamak yang jauh lebih faqih dalam mengharamkan Hari Ibu.. Namun saya dengan rendah diri TIDAK bersetuju untuk mengharamkannya.."

Anda juga mesti percaya dengan kata kata dari Dr MAZA menerusi twitternya juga :
"Balik kepada basic, asas apa untuk diharamkan? Tiada asas. Ia harus selagi tiada upacara ibadah khas atau iktikad yang salah.. #mothersday.."


Dan anda juga dapat lihat dari twitter Wardina Saffiyah pulak yang mempersoalkan :
"Nak tanya, kalau hari ibu tak boleh sambut, Olimpik macam mana? Sebab sebenarnya sukan ini untuk mengagungkan tuhan Zeus???"
 
 
Kami juga faham kalau orang cakap yang hargai ibu bukan sehari je tapi hari hari.. Meh sini sat kita berdialog??? Kalau hari ibu tu disambut hari hari, apa istimewa yang anda akan buat untuk setiap hari itu??? Memang kayalahanda kalau boleh beli kek hari hari untuk emak siap bagi bunga dan kad lagi.. Tahniah! Tapi berapa orang dalam Malaysia buat camtu ye? Haa~ Sebab itulah tak salah kita khususkan satu hari dalam setahun buat wanita yang bergelar ibu meraikan hari mereka macam guru jugaklah! 16 Mei tu hari di mana cikgu akan pakai lawa lawa sebab nak tengok pelajarnya buat persembahan lepastu cikgu pun ada sesi potong kek lepastu cikgu dapat hadiah.. Begitulah nasib seorang insan yang melahirkan kita.. Mereka inginkan satu hari dimana mereka menanti satu kejutan dari anak anak dengan membawa kek, hadiah dll.. Alangkah bahagianyewww~
 
 

 
 
 

TUKAR GAMBAR PROFILE??



     Mungkin ada yang tertanya kenapa ramai tukar gambar profile picture warna coklat dengan orang yang ditutup matanya?


    Bak kata mereka "Kami hanya menyokong"--kerana ketika ini lebih 3000 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar. Warna coklat dipilih kerana warna pakaian tersebut telah dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas banduan berani mati ini.

    Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan, dan hak hak lain yang diisytiharkan oleh undang undang antarabangsa.

'some of the pic'


      Tanggal 15 Mei juga merupakan Hari Nakba.. pada hari tersebut genap 64 tahun peristiwa yang dikenali sebagai Nakba atau malapetaka yang menimpa rakyat Palestin.. Detik hitam itu berlaku pada tahun 1948 di mana Israel membuka sebuah negara di bumi Palestin--disokong oleh AMERIKA 
      Kini, rakyat Palestin telah menjadi pelarian di negara sendiri..!!! Zionis Yahudi pula bermaharajalela..!!! Simpati dengan nasib umat Islam di Palestin yang telah lebih 60 tahun hidup dalam peperangan.. Oleh itu, ayuh kita TUKAR PROFILE PICTURE.. Ramai yang telah menyahut seruan.. Walau nampak benda macam ni merapu sekurang kurangnya kami tak berdemo di jalanan.. Yes, ini trend! But please, jangan politikan tindakan bersatu kami.. Ini tanda sokongan moral..

"MISSION"


         Allhamdullillah, selepas peristiwa mogok lapar yang telah dilakukan oleh tahanan penjara Palestin, Israel akhirnya bersetuju dengan permintaan mereka.

        Menurut khabar, permintaan mereka juga telah  diterima  kerana Israel berasa terkejut dengan melihat hampir 2 MILLIONS accaout facebook telah menukar profile picture mereka dalam hanya beberapa jam sahaja sebagai "solidarity with Palestinian prisoniers."

        

"Sebahagian rakyat Palestin meraikan kemenangan ini"








Thursday, 3 May 2012

Satu Malaysia



Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik. Inilah yang membuat Malaysia masih teguh sehingga sekarang. Oleh itu, satu misi diperlukan bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.


Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Tuesday, 1 May 2012

Kesannya


Harus disedari bahawa umat Islam kini tidak hanya berhadapan dengan kesesatan aliran-aliran yang cuba mempertemukan ajaran ketuhanan di dalam Islam dengan pemikiran falsafah Yunani di bidang metafizikal sebagaimana yang telah berlaku di zaman lalu.

Bahkan, kita kini sedang dihadapkan dengan aliran-aliran yang berusaha menyelaraskan syariat Islam dengan falsafah dan pemikiran moden yang muncul di barat pada zaman ini, yang muncul dalam bentuk teori dan ideologi kemasyarakatan dari sudut politik dan ekonomi yang menolak ajaran agama.

Oleh itu, perlu difahami bahawa kesesatan-kesesatan ini tidak lagi muncul sebagai mazhab-mazhab ketuhanan, tetapi sebaliknya ia muncul sebagai aliran-aliran politik yang memperjuangkan cita-cita kemasyarakatan tertentu dalam bentuk pembinaan semula masyarakat di dalam semua aspeknya – politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan – berasaskan kepada falsafah, teori dan ideologi yang tertentu yang mengenepikan ajaran Islam dalam aspek tersebut.

Jika dulu orientasi falsafahnya lebih memberi tumpuan kepada masalah ketuhanan, bersifat spekulatif dan sebagai penjelasan semata-mata kepada buah fikiran ahli falsafah, namun kini orientasi falsafahnya memberikan kepada manusia suatu kefahaman yang menyeluruh mengenai pengalaman hidup manusia di dunia ini dalam segala aspeknya menurut kaca mata kebendaan dan keduniaan.



Maka, sebarang pendapat yang membenarkan ajaran-ajaran teori dan falsafah sosial tersebut sebagai sebahagian daripada panduan yang boleh diterima pakai oleh umat Islam, WAJIBlah ditolak. Tidak boleh sama sekali ia dipakai sebagai asas dan titik tolak pemikiran, keilmuan, amalan atau pembaharuan umat Islam dan lebih-lebih lagi sebagai ajaran yang boleh diutamakan di atas mana-mana aspek dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Sesungguhnya kesedaran terhadap ancaman bahaya fahaman-fahaman falsafah tersebut di zaman ini telah pun diperingatkan oleh para ulamak Islam dahulu dan kini dari pelbagai lokasi di dunia. Antaranya adalah :

Sheikh Dr. Yusof al-Qardhawi :

"Sesungguhnya aliran-aliran dan ideologi-ideologi itu pada hakikatnya adalah suatu agama baru, agama-agama yang menolak isi kandungan agama (samawi), tetapi mengambil bentuknya. Ia sesungguhnya mencaci segala apa yang dibawa oleh agama dari perkara-perkara ghaib dan cara berfikir orang-orang yang kuat beragama dan dari keimanan mereka yang kuat lagi membara, akan tetapi dalam waktu yang sama ia mencedok semua ciri-ciri agama itu."

Maulanan Abu Hassan Ali an-Nadwi :

"Di kebanyakan negara orang-orang Islam hari ini, kita akan dapati sebahagian besar daripada orang-orang yang memegang teraju pemerintahan adalah terdiri daripada pemeluk ajaran baru ini, sungguhpun cara mereka bertaklid pada ajaran tersebut agak berlainan. Boleh jadi antara mereka ini yang mengaku beragama Islam tetapi dengan lisan sahaja, sedangkan perbuatan mereka adalah dipengaruhi oleh falsafah kebendaan dari barat yang menjadi asas penting bagi fahaman tidak bertuhan (mulhid)...yang anehnya, kemurtadan ini tidak disedari oleh para ulamak Islam. Dengan lain perkataan, satu 'revolusi dalam diam-diam' telah berlaku dikalangan umat Islam."

Prof. Dr. HAMKA :



"Ada pula yang mengakui bahawa ajaran dari ideologi itu sesuai dengan Islam, mereka tinggal itu sendiri dan mereka pilih ajaran lain itu. Padahal kalau mereka berfikir sehat, kalau memang ajaran lain itu sebahagian yang sesuai dengan Islam, mengapa tidak Islam sahaja yang mereka pertahankan? Dan itulah sebabnya maka terdapat kerap kali terdapat orang Islam yang taat mengerjakan solat lima waktu padahal mereka mempertahankan Nasionalisme yang sempit. Itu pun sebabnya, ada ulamak yang berpidato di muka umum dengan mengemukakan beberapa ayat dan hadith Nabi untuk membela sosialisme dan komunisme."

Hakikat ini perlu kita fahami dengan sebaiknya supaya dapat menyelamatkan diri dan umat Islam daripada kepalsuan dan kesesatan pelbagai teori tersebut yang juga didokong oleh sebahagian intelektual dan ahli politik di negara-negara umat Islam kini.

Ancaman bahaya pelbagai pemikiran di zaman ini, dan dalam keadaan umat Islam sendiri tidak mempunyai kefahaman dan keyakinan yang benar-benar utuh terhadap Islam, menuntut kita semua untuk menghayati Islam serta mempelajari dan memahami falsafah ideologi tersebut bagi menolak kesesatannya.