Friday, 27 April 2012

Itulah Globalisasi

Globalisasi?

Satu perkataan yang membawa maksud yang mendalam.


Secara amnya, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. 

Selain itu, globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. 

Menurut Lodge (1993), beliau mendefinisikan globalisasi sebagai:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community.

Impikasi serta kesan globalisasi:

Ekonomi
  • Berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi disebabkan firma-firma dan perniagaan terus meningkat serta berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. 
  • Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara .
  • Globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat korporat juga menuju ke arah globalisasi. 
Teknologi
  • Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. 
  • Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. 
  • Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer.
Kebudayaan sebuah negara
  • Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. 
  • Zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. 
  • Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.
Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi.
  • Budaya Makan
  • Budaya Fesyen
  • Budaya Kerja
  • Budaya Muzik dan Hiburan
  • Budaya Bahasa
Kesimpulan
  • Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran berdasarkan beberapa aspek globalisasi.
  • Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. 
  • Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.

Thursday, 5 April 2012

Menjadi Hebat

Tahukah kamu?

MENCIPTA TAMADUN YANG HEBAT

Pada hari ini, kita dapat melihat bahawa umat Islam tidak lagi bersatu dan membawa haluan masing-masing. Seperti yang kita ketahui bahawa umat Islam yang terdahulu dapat mencipta tamadun yang hebat dan Islam tersebar dengan meluas di setiap pelusuk muka bumi Allah. Islam dapat memayungi dua pertiga dunia dan sejarah telah membuktikannya. Era kegemilangan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan berakhir pada zaman kerajaan Islam yang terakhir iaitu Turki Uthmaniyyah. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kejayaan kepada umat Islam yang terdahulu.
  • Kecekapan dan Kebijaksanaan Pemimpin
Pemimpin mempunyai wawasan yang jelas dan cekap memerintah. Mereka sangat mementingkan cara mereka membahagikan masa untuk negara dan keluarga. Antara pemimpin Islam yang boleh dicontohi ialah Umar bin al-Khattab. Beliau telah membuka wilayah-wilayah yang baru seperti Mesir, Rom dan Parsi dan melantik panglima-panglima tentera yang berkebolehan mentadbir wilayah-wilayah baru tersebut.
  • Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Penguasaan ilmu pengetahuan sangat penting kerana tanpa ilmu sesebuah bangsa itu tidak mungkin akan maju. Pada zaman kegemilangan Islam dahulu, tamadun barat berada di dalam zaman kegelapannya iaitu mereka tidak menguasa ilmu pengetahuan sehingga mereka terpaksa merujuk kepada umat Islam pada zaman itu. Ilmu-ilmu dari dunia Islam inilah yang telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah. Sebagai contoh, Harun ar-Rashid telah menjadikan Kota Baghdad sebagai kota ilmu pengetahuan dunia.
  • Ekonomi yang Stabil
Ekonomi yang stabil juga dapat memajukan sesebuah kerajaan sehingga menjadi sebuah tamadun yang hebat. Apabila ekonomi sudah stabil, maka mudahlah umat Islam untuk menjalankan aktiviti perdagangan antara satu sama lain yang juga membawa kepada kemajuan umat Islam.

Sebagai contoh, seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abdul Rahman bin Auf, seorang badan koperat yang berjaya. Beliau telah berjaya memantapkan ekonomi orang Islam di Madinah apabila ekonomi di Madinah pada masa itu dimonopolikan oleh orang Yahudi.
  • Semangat Jihad yang Tinggi


Jihad bermaksud satu usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk mencapai satu matlamat. Jadi, pemimpin dan rakyat bersungguh-sungguh membuktikan bahawa Islam sebagai penyelamat umat. Keadaan ini mendorong mereka untuk berjihad di medan perang bagi mempertahankan agama dan negara serta mempelopori ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan umat Islam.

Sebagai contoh, pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh yang ingin menakluk kota Konstantinopel, beliau telah mengeluarkan panggilan jihad kepada rakyatnya. Maka rakyatnya menyatakan taat setia kepadanya dan akan bersiap-sedia untuk mempertahankan serta menginfakkan harta mereka ke jalan Allah. Mereka berjihad bersungguh-sungguh untuk menawan kota Konstantinopel dan akhirnya mereka dapat menawan kota tersebut.


(sumber dr iluvislam.com)